Saturday, 19 January 2013

Pengenalan



Maahad Tahfiz Seberang Perak (MTSP) bermula secara sambilan dengan menumpang di rumah Puan Hajjah Che Rokiah bt Baharom di alamat B124/81, Jalan Jaya, Felcra Seberang Perak sejak bulan Ramadhan 1430 (2009). Pada Januari 2010, MTSP telah beroperasi secara sepenuh masa. Segala perbelanjaan MTSP adalah ditanggung oleh syarikat Isbat Teguh dan yuran pelajar.

Permohonan untuk mengikuti kelas tahfiz di MTSP sentiasa diterima dari penduduk setempat. Walaubagaimanapun MTSP terpaksa menolak disebabkan oleh kekurangan kemudahan penginapan, kelas dan kewangan. Sepanjang tahun 2011 pihak MTSP telah menolak hampir 100 permohonan untuk mengikuti kelas tahfiz secara sepenuh masa. Pada masa ini, MTSP hanya mampu menampung  pelajar seramai 20 orang sahaja.

Pihak kami amat berharap agar MTSP mempunyai tempat yang sesuai dan mempunyai kemudahan yang dapat memberi keselesaan kepada pelajar. Hasrat pihak kami, MTSP dapat mengambil pelajar seramai 200 orang pada 2014.


No comments:

Post a Comment