MAAHAD TAHFIZ SEBERANG PERAK
Thursday, 7 March 2013
Thursday, 31 January 2013
Tuesday, 29 January 2013
Sunday, 20 January 2013
Pemindahan dan Penukaran Nama
Maahad Tahfiz Seberang Perak secara rasmi ditutup 26 Disember 2012.
Berpindah ke Bekor,Kuala Kangsar.
Secara rasminya Maahad Tahfiz Assobri, Bekor beroperasi mulai 29 dec 2012
Berpindah ke Bekor,Kuala Kangsar.
Secara rasminya Maahad Tahfiz Assobri, Bekor beroperasi mulai 29 dec 2012
Saturday, 19 January 2013
Permohonan Sumbangan
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon sumbangan dari mana-mana individu, syarikat swasta dan korporat bagi memindahkan MTSP ke tempat yang lebih sesuai. MTSP kini hanyalah menumpang di atas tanah persendirian dengan belas ehsan dari Puan Hajjah Rokiah.Dengan keadaan pelajar yang ramai tempat ini menjadi semakin tidak selesa di samping keluasan yang agak sempit.
Hasil
perbincangan pihak MTSP dengan pihak Persatuan Riadah Keluarga Haji Haron
Ampang, Selangor (PERHAM), MTSP dibenarkan beroperasi di tanah milik PERHAM di Kampung
Ulu Bekor, Mukim Senggang, Kuala Kangsar seluas 3.8817 ekar selama-lamanya.
Mengikut perancangan, MTSP akan berpindah ke
tanah PERHAM yang mana pelajar-pelajar akan menginap dan belajar di bangunan
yang sedia ada. Sumbangan amatlah diperlukan untuk membina kediaman pengetua, guru,
tukang masak dan warden.Pembinaan kediaman ini telah dimulakan pada 1
November,2012 dengan bantuan tenaga pekerja Isbat Teguh dan sumbangan dari
orang ramai. Walaubagaimanapun dana ini masih belum mencukupi bagi menyiapkan
pembinaan ini.
MAKLUMAT KEWANGAN
Nama Akaun :
Maahad Tahfiz Seberang Perak
No Akaun : 08030002376712
Bank :
Bank Muamalat Malaysia Berhad,Setiawan,Perak.
CAPEX
A. Kos keseluruhan pembinaan 4 unit
rumah (25’ x 30’) RM 100,000.00
B.
Sumbangan
(i)
PERHAM RM 26,000.00
(ii) Kutipan derma RM 3,260.00
JUMLAH B RM 29,260.00
(A-B)
Jumlah diperlukan RM 70,740.00
OPEX (bulanan)
|
PERKARA
|
PENERANGAN
|
JUMLAH (RM)
|
|
GAJI
|
PENGETUA
|
-
|
|
TENAGA PENGAJAR (2 ORG)
|
2,100.00
|
|
|
TUKANG MASAK (1 ORG)
|
600.00
|
|
|
WARDEN (1 ORG)
|
600.00
|
|
|
BIL API & AIR
|
500.00
|
|
|
BELANJA HARIAN
|
2,000.00
|
|
|
KECEMASAN
|
200.00
|
|
|
JUMLAH
PERBELANJAAN :
|
6,000.00
|
|
Pengajar dan Sistem
TENAGA PENGAJAR 1
Nama : Mohd Ikhwanruddin Bin Ismail
No Kad Pengenalan : 850909-07-5047
Alamat : No. 3, Persiaran Lada 18, Taman Changkat Lada Raya,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Tarikh Lahir : 09-09-1985
Taraf Pendidikan : Diploma Pengajian Tahfiz & SPM
Pengalaman Kerja :
i. Memegang jawatan sebagai imam pelapis di Masjid Jamek Kariah, Bayan Lepas, Pulau Pinang (2000-2009)
ii. Guru sandaran di Madrasah Islamiyah di Kampung Apa-Apa, Pasir Mas, Kelantan.
iii. Mengajar selama setahun di Pusat Tahfiz, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
iv. Fasilitator selama 6 bulan di Kem Pendidikan Isi Rimba di Ulu Kemensah, Ulu Klang.
v. Penolong Pengurus di Pusat Pengajian Islam (Rumah ke Rumah) Qiraat Usrati, Jitra, Kedah
vi. Guru Kafa di Sekolah Kafa, Taman Mahsuri, Pulau Pinang.
vii. Guru Tahfiz sambilan di Sekolah Rendah Agama Al-Itqan Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
viii. Guru Agama Jemputan di Pusat Khidmat AADK, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
TENAGA PENGAJAR 2
Nama : Nurul Hazwani Bt Mohd Zobir
No Kad Pengenalan : 860704-38-6950
Alamat : No. 3, Persiaran Lada 18, Taman Changkat Lada Raya,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Tarikh Lahir : 04-07-1986
Taraf Pendidikan : Sijil Pengajian Tahfiz
Pengalaman Kerja : Guru Tahfiz selama 2 tahun di Madrasatul Quran Miftahul Jannah, Ipoh, Perak.
Objektif
Cadangan pembinaan MTSP tercetus apabila ramai golongan belia kini tidak tahu membaca Al-Quran dan terlibat dengan gejala sosial. Pihak kami juga berharap agar dapat membantu kerajaan menjayakan bina insan. Dengan adanya MTSP ini golongan belia dapat mahir membaca Al-Quran dan menghayatinya
Pihak MTSP berusaha supaya dapat mengeluarkan sijil yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
1. Memfokuskan untuk melahirkan :
i. Fasa 1: 5 orang hafiz
ii. Fasa 2: 10 orang hafiz setahun
iii. Fasa 3: Lebih dari 10 orang hafiz dan hafizah setahun
2. Menyediakan satu sistem pendidikan tahfiz Al-Quran yang sistematik untuk melahirkan para hufaz yang pakar dan berkualiti.
3. Melahirkan satu generasi belia yang layak dan mampu untuk menjadi ustaz, pendidik, pendakwah dan pakar motivasi.
4. Menyediakan kelas bacaan Al-Quran untuk masyarakat setempat.
5. Mendidik masyarakat setempat melalui program-program sampingan seperti program tadarus Al-Quran, qiamulail, syarahan, pidato, pengkisahan dan penceritaan dari Al-Quran.
6. Menghidupkan kembali masyarakat yang celik dan cintakan Al-Quran.
Subscribe to:
Comments (Atom)











